6 game ✦ Untuk anak 3–8 tahun
m✦Dunia Mimo

MASA SKRIN, MISI BERMAKNA

Anak suka main game.
Jom jadikan masa itu bermakna.

Risau anak main game tanpa belajar apa-apa? Ajak mereka kenal duit, fahami emosi dan bantu di rumah—melalui misi yang menyeronokkan.

Dunia Mimo ialah koleksi 6 game kemahiran hidup, untuk anak 3–8 tahun.

✓ Bayaran sekali sahaja✓ Tiada iklan dalam game✓ Jaminan 14 hari
SATU KAWAN. ENAM PENGEMBARAAN.
Mimo, kawan bermain anak andaDuitMasaEmosiInternetJalan rayaRumah

Misi kecil. Tapi seronok!

Hari ini, anak nak teroka yang mana?

Jom cuba game demo Tak perlu daftar · Main terus di sini
6 dunia untuk diteroka48 level keseluruhan240 misi bergambarBM bahasa yang mudah difahami

KAMI FAHAM PERASAAN ITU

“Sekejap lagi…”
Tapi skrin masih di tangan.

Bukan mudah nak cari aktiviti digital yang anak mahu main, dan kita pula rasa selesa untuk beri.

01

“Saya nak dia belajar sesuatu.
Bukan tengok video saja.”

02

“Nak ajar tentang duit dan emosi,
tapi macam mana nak mula?”

03

“Kalau teks panjang sangat,
anak cepat hilang minat.”

Pernah terfikir macam ni?

6 GAME BERSAMA MIMO

Belajar sikit-sikit.
Bawa sampai ke besar.

Misi pendek, gambar berwarna dan peluang mencuba semula. Setiap game ada 8 level × 5 misi.

✦

Untuk anak: belajar pilih jawapan dan berani untuk cuba lagi.
Untuk ibu bapa: ada benda yang seronok untuk dibualkan dan dicuba bersama anak.

Lihat pakej →

JOM CUBA GAME DEMO DULU

Pilih game.
Main bersama anak.

Kami berikan satu level percuma dari game Money Master Malaysia, Misi Tepat Masa dan Misi Jalan Selamat untuk anda mencuba dulu—tak perlu daftar apa-apa.

Untuk anak yang belum lancar membaca, ibu bapa boleh bantu untuk bacakan soalan. Markah dari game demo ini tidak disimpan.

APA YANG ANAK AKAN BELAJAR?

Intai setiap pengembaraan.

6 game utama, ditambah 2 game bonus untuk pakej RM59. Klik tajuk game untuk lihat semua level di dalamnya.

GAME UTAMAMoney Master Malaysia8 level · 40 misi
  1. LEVEL 1Kenali Wang Malaysia
  2. LEVEL 2Kira Duit Saya
  3. LEVEL 3Cukup Tak Duit?
  4. LEVEL 4Bayar Dengan Betul
  5. LEVEL 5Jom Membeli
  6. LEVEL 6Berapa Baki Saya?
  7. LEVEL 7PEMBELI BIJAK
  8. LEVEL 8SHOPPING CHALLENGE
GAME UTAMAMisi Tepat Masa8 level · 40 misi
  1. LEVEL 1Kenali Jam
  2. LEVEL 2Setengah Jam
  3. LEVEL 3Suku Jam
  4. LEVEL 4Jam Digital
  5. LEVEL 5Berapa Lama?
  6. LEVEL 6Pukul Berapa Nanti?
  7. LEVEL 7Bersiap Tepat Masa
  8. LEVEL 8Rancang Hari Saya
GAME UTAMADetektif Emosi8 level · 40 misi
  1. LEVEL 1Kenali Perasaan
  2. LEVEL 2Apa Tubuh Beritahu?
  3. LEVEL 3Perasaan Berbeza
  4. LEVEL 4Jom Bertenang
  5. LEVEL 5Jom Cerita
  6. LEVEL 6Dengar Cerita Kawan
  7. LEVEL 7Baik Semula
  8. LEVEL 8Minta Bantuan
GAME UTAMAWira Internet8 level · 40 misi
  1. LEVEL 1Rahsiakan diri saya
  2. LEVEL 2Kunci Akaun Saya
  3. LEVEL 3Fikir Sebelum Klik
  4. LEVEL 4Kawan Online
  5. LEVEL 5Baik Dalam Chat
  6. LEVEL 6Hentikan Cyber Bully
  7. LEVEL 7Betul Ke Cerita Ini?
  8. LEVEL 8Saya Wira Internet!
GAME UTAMAMisi Jalan Selamat8 level · 40 misi
  1. LEVEL 1Laluan Pejalan Kaki
  2. LEVEL 2Berhenti, Lihat, Dengar
  3. LEVEL 3Tempat Melintas
  4. LEVEL 4Isyarat Pejalan Kaki
  5. LEVEL 5Sekitar Sekolah
  6. LEVEL 6Selamat Dalam Kenderaan
  7. LEVEL 7Basikal dan Kawasan Bermain
  8. LEVEL 8Misi Bijak di Jalan
GAME UTAMAMisi Rumah Mimo8 level · 40 misi
  1. LEVEL 1Jom kemas mainan
  2. LEVEL 2Bilik saya kemas
  3. LEVEL 3Misi baju bersih
  4. LEVEL 4Jom susun meja
  5. LEVEL 5Bersih sikit-sikit
  6. LEVEL 6Selamat di rumah
  7. LEVEL 7Kita satu pasukan
  8. LEVEL 8Wira rumah Mimo
BONUS PAKEJ 6 GAMEJom Hormat, Jom Beradab!8 level · 40 misi
  1. LEVEL 1Kata-kata Baik
  2. LEVEL 2Minta Izin Dulu
  3. LEVEL 3Jom Dengar
  4. LEVEL 4Giliran Kita
  5. LEVEL 5Jaga Barang Orang
  6. LEVEL 6Adab di Luar
  7. LEVEL 7Berbeza Pun Boleh
  8. LEVEL 8Misi Kawan Beradab
BONUS PAKEJ 6 GAMEBadan Saya, Hak Saya8 level · 40 misi
  1. LEVEL 1Badan Saya
  2. LEVEL 2Ruang Saya
  3. LEVEL 3Bahagian Peribadi
  4. LEVEL 4Saya Tak Selesa
  5. LEVEL 5Rahsia yang Merisaukan
  6. LEVEL 6Orang yang Membantu
  7. LEVEL 7Izin Boleh Berubah
  8. LEVEL 8Saya Berhak Selamat

RUANG BERMAIN YANG LEBIH TENANG

Anak seronok main game.
Ibu bapa pun rasa lebih tenang.

✓

Tiada iklan

Tiada banner iklan atau iklan video dalam game.

♡

Privasi anak dijaga

Game tidak menghantar nama atau markah anak kepada kami. Nama sijil adalah pilihan dan diproses pada device.

◇

Tiada pembelian dalam game

Tiada coin berbayar atau bayaran untuk buka level.

☀

Tiada kandungan ganas

Misi menggunakan situasi harian dan pilihan yang sesuai untuk kanak-kanak.

Markah disimpan dalam browser. Padam data browser boleh memadam markah.

DARI GAME KE AKTIVITI HARIAN

Lepas main, boleh praktikkan
dalam kehidupan harian.

Anak cuba satu kemahiran dalam game. Lepas itu, ajak mereka cuba bersama anda—ikut umur dan kebolehan anak.

🪙 KENAL DUIT

Main simulasi kedai, lepas tu try beli barang

Dalam game, anak pilih duit untuk bayar. Di kedai sebenar, bantu anak kenal harga dan kira duit bersama anda.

💛 KENAL EMOSI

Pilih perasaan, kemudian bercerita

Dalam game, anak boleh kenal perasaan gembira, sedih atau marah. Bila bersama, beri ruang untuk anak ceritakan perasaan mereka.

🧺 BANTU DI RUMAH

Kemas dalam game, cuba di rumah

Lepas misi mengemas, ajak anak simpan satu mainan atau susun buku. Buat sama-sama dan raikan usaha kecil mereka.

Game ialah permulaan. Bimbingan dan latihan bersama anda membantu anak untuk mencuba dalam kehidupan sebenar.

KHAS DALAM PAKEJ 6 GAME

Dua bonus game lagi yang dapat
mengeratkan hubungan dengan keluarga.

Selain 6 game utama, anak dapat dua lagi pengembaraan tentang adab dan batas diri.

Ilustrasi game Jom Hormat, Jom Beradab!
GAME BONUS 01

Jom Hormat,
Jom Beradab!

Nak pinjam barang? Belajar minta izin dulu.

Aini mahu pinjam pensel: pilih Boleh saya pinjam atau Bagi sekarangLihat gambar penuh ↗
Contoh situasi: Aini nak pinjam pensel.

Anak pilih cara meminta dengan sopan: “Boleh saya pinjam?”

Latih kata-kata baik, berkongsi giliran dan menghormati orang lain—sambil belajar bahawa mereka juga boleh berbeza pendapat.

8 level · 40 misi bergambar
Ilustrasi game Badan Saya, Hak Saya
GAME BONUS 02

Badan Saya,
Hak Saya

Tak selesa? Anak boleh bersuara.

Aina tidak mahu dipeluk: anak memilih cara menyatakan batas diriLihat gambar penuh ↗
Contoh situasi: Aina tak mahu dipeluk.

Anak belajar bahawa dia boleh berkata, “Saya tak nak peluk.”

Kenali batas diri, hormati pilihan orang lain dan belajar meminta bantuan orang dewasa yang boleh dipercayai.

8 level · 40 misi bergambar

Main bersama ibu bapa atau penjaga.

Pakej lengkap: 6 game utama + 2 game bonus
64 level · 320 misi

Lihat pakej 6 game + bonus ↓

PILIH IKUT MINAT ANAK

Pilih pakej yang sesuai
untuk keluarga anda.

Harga game ditunjukkan di bawah. Caj pemprosesan RM1 setiap transaksi dipaparkan dalam jumlah bayaran.

NAK CUBA SATU DULU?

1 game pilihan

RM15

8 level · 40 misi

  • Pilih satu daripada 6 game
  • Markah disimpan pada browser
  • Jaminan pulangan harga game 14 hari
Jumlah bayar: RM16 termasuk caj

PILIH TIGA KEGEMARAN

3 game pilihan

RM39

24 level · 120 misi

  • Pilih mana-mana 3 game
  • Jimat RM6 berbanding beli satu-satu
  • Jaminan pulangan harga game 14 hari
Jumlah bayar: RM40 termasuk caj

*RM90 ialah 6 × RM15 jika dibeli berasingan, bukan harga lama bundle. Penjimatan dikira sebelum caj transaksi. Bayaran sekali sahaja untuk pakej game yang dipilih; tiada langganan bulanan.

14HARI✓

CUBA DENGAN LEBIH TENANG

Anak tak suka? Kami pulangkan harga game.

Hubungi kami dalam 14 hari kalendar dari tarikh bayaran, walaupun anak sudah mula bermain. Kami pulangkan harga pakej yang dibeli: RM15, RM39 atau RM59. Caj pemprosesan RM1 tidak dipulangkan untuk jaminan ini.

Baca cara-cara memohon refund →

Cubalah dulu demo bersama anak. Bila dah yakin, barulah pilih pakej.

SOALAN IBU BAPA

Apa yang ibu bapa
perlu tahu?

Mimo sedia membantu
Boleh main pada Android, iPhone, tablet dan PC?

Ya, melalui browser moden seperti Chrome, Safari atau Edge. Tak perlu install apa-apa. Cuba game demo pada device anda untuk semak kesesuaian.

Perlu internet ke?

Ya, sambungan internet diperlukan untuk membuka game.

Boleh ke guna untuk lebih daripada seorang anak?

Ya, untuk anak-anak dalam keluarga yang sama. Markah dikongsi jika mereka menggunakan browser dan device yang sama.

Ada iklan atau pembelian tambahan dalam game?

Tiada iklan, coin berbayar atau pembelian untuk buka level. Siapkan misi untuk maju ke level seterusnya.

Bagaimana nak download selepas bayar?

Game ini dimainkan melalui laman web, jadi tak perlu download apa-apa. Selepas bayaran disahkan, gunakan link yang diberikan dalam email yang anda daftarkan.

Boleh ke refund kalau anak tak suka?

Ya. Hubungi kami dalam 14 hari kalendar dari tarikh bayaran. Kami pulangkan harga game sahaja; caj pemprosesan (payment gateway fee) RM1 tidak termasuk. Contohnya, pakej RM59 dengan jumlah bayaran RM60 menerima refund RM59. Sertakan nombor transaksi melalui saluran bantuan dalam pengesahan pembelian. Jaminan “anak tak suka” ini tamat selepas 14 hari. Untuk masalah produk selepas itu, sila rujuk polisi refund.

Markah akan kekal kalau tukar telefon?

Markah disimpan pada browser dan device yang digunakan. Memadam data browser juga boleh memadam markah.

Anak belum lancar membaca. Sesuai ke?

Gambar dan arahan-arahan pendek dapat bantu dengan lebih mudah dalam memahami misi-misi dalam game ini, tetapi game ini masih menggunakan teks. Kami cadangkan ibu bapa atau penjaga menemani dan membacakan arahan jika perlu.

Adakah ini menjamin anak akan lebih pandai atau berdisiplin?

Tidak. Game menyediakan ruang latihan dan pembuka perbualan di antara ibu bapa dengan anak atau penjaga dengan anak jagaan. Perubahan dalam kehidupan harian memerlukan latihan, bimbingan dan masa.

MULAKAN DENGAN SATU MISI KECIL

Jom cuba satu game
dengan anak hari ini.

Tengok apa yang anak suka. Bila dah serasi, pilihlah pakej yang sesuai.

Pilih pakej Dunia Mimo ↗Atau cuba game demo dulu →Bayaran sekali sahaja · Tiada iklan dalam game · Jaminan 14 hari
6 game · RM59RM60 termasuk cajLihat pakej ↗
Contoh misi Dunia Mimo